Want your
own Fotopage?








 
...We Create Our Own Geoscience World...

By: Persatuan Geografi SBPI Kubang Pasu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Jun-2010 04:25 Email | Share | | Bookmark
Erat Hari Kedua

Selepas Solat Subuh dan bersarapan, kami berkumpul di perkarangan tapak perkhemahan untuk persediaan kelas seterusnya. Bertemakan Mengenali Alam Kita, kali ni, kami kena treking dalam hutan. Tak lah mencabar sangat, tapi penat juga...



Sesi membina stamina. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah memecah keheningan pagi di dalam hutan ini;





Ops, sembur Bygon?...kata kena survive!


Yea...kami ada cara!

Happynya...







Baru ja beberapa meter treking, kami dah diajar tentang ini -->

Teknik Membuat Water Container dan Cawan Daripada Buluh.

Untuk pengetahuan semua, buluh yang digunakan ni ialah buluh minyak;








Dah faham, boleh la cuba sendiri. Macam dah terror pulak guna parang tu...









Apa yang penting?...Kerjasama kan!








Uji kekukuhan;






Finishing touch;





Perjalanan diteruskan lagi;





Kelas seterusnya;
• Mempelajari Tumbuhan Yang Boleh Dimakan
• Mempelajari Tumbuhan Yang boleh Dijadikan Ubat
• Mengenali Bahan Semulajadi Yang Boleh Dijadikan Alatan Alternatif

























Cikgu-Cikgu LASAK yang memang hebat dalam ilmu hutan!

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan masuk jauh sedikit ke dalam hutan untuk beberapa kelas yang terakhir. Terkilan juga apabila tak dapat mempelajari konsep taharah, wuduk & tayammum serta membuat tempat perlindungan / berteduh daripada pokok bertam. Redha sahajalah sebab ada di antara bahan yang diperlukan tidak terdapat di dalam hutan di sini.






Teknik Membuat & Memasang Jerat
Kali ini kami diajar pula mengenai jerat. Jerat yang Cikgu-Cikgu LASAK buat ni khas untuk memerangkap pelanduk. Sebelum pelanduk terperangkap, ada cara pula bagaimana nak memikat haiwan tersebut;













Cikgu Mat menunjukkan cara memikat pelanduk;




Kami juga ditunjukkan serba sedikit tentang perkara-perkara ini:

Membuat Isyarat SOS Kod Antarabangsa.
Antara isyarat yang ditunjukkan termasuklah mengetuk akar banir sebanyak tiga kali, membuat tiga tanda pada batang pokok dan membentuk anak panah di batu sungai. Pengetahuan tentang perkara ini penting kepada mangsa yang tersesat atau mengalami kesulitan di dalam hutan bagi memberi panduan kepada penyelamat untuk menemuinya dalam keadaan yang selamat;




Teknik Menghidupkan Api Menggunakan Mini Gas Container;








Sesi pembelajaran solat zohor dengan khuf (kasut) tidak dapat dilaksanakan atas kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kepada geng ERAT, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu;

Quote:
Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai yang menutupi dua buku lali ke atas (seperti stokin).

Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan empat mazhab, samada ketika musafir, mukim atau samada dalam keadaan darurat ataupun tidak. Ia menepati basuhan dua kaki di dalam wuduk.

Dalilnya? Terdapat banyak hadis-hadis sahih mengenai pensyariatan menyapu khuf. Sehingga dikatakan dapat mencecah ke tahap ia adalah mutawatir dari Nabi s.a.w..
Hasan Basri mengatakan, telah menceritakan kepadaku 70 orang lelaki dari kalangan sahabat, bahawa Nabi s.a.w. menyapu khuf.

Ibnul Mubarak berkata: Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sahabat mengenai pensyariatan menyapu khuf.

Syarat-syaratnya:

1. Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar.
2. Khuf itu suci.
3. Khuf itu menutup dua kaki. Tidak mengapa jika terkoyak sedikit.
4. Khuf itu kuat dan dapat digunakan untuk berjalan.

Namun sebahagian ulamak ada yang mendha'ifkan dua syarat yang terakhir,
kerana tidak terdapat hadis mengenainya.

Tempoh:
1. Bagi orang yang bermusafir: 3 hari tiga malam
2. Bagi orang yang mukim: sehari semalam.

Bila tempoh mula boleh menyapu:
Jumhur ulamak mengatakan, tempoh menyapu bermula setelah berlaku hadas pertama selepas memakai khuf, sehinggalah pada waktu yang sama pada hari yang kedua - bagi orang yang bermukim. Pada hari keempat bagi orang yang bermusafir.
Maksudnya, setelah suci dari hadas besar dan kecil, kita mula pakai khuf. Kemudian pada pukul 4.00 petag wuduk kita batal. Bermula dari sinilah tempoh menyapu dibenarkan. Ia berlanjutan sehingga ke pukul 4.00 petang esok (bagi orang yang bermukim). Bagi orang yang bermusafir, berakhir pada pukul 4.00 petang hari keempat.

Cara menyapu:
Menyapu di sebelah atas dua kaki. Memadai dengan sekali sapuan.
** Secara praktiknya, hendaklah bertanya dan melihat terus kepada mereka yang tahu/biasa melakukannya.

Yang membatalkannya:
1. Berlaku sesuatu yang membatalkan wuduk.
2. Tamat tempoh yang dibenarkan.
3. Batal apabila menanggalkan khuf.

Masalah:
Bagaimana dengan stokin?
Menurut Hanbali, Muhamad bin al-Hasan dan ABu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa. Menurut Abu Hanifah, Maliki dan Syafi'i boleh, tetapi dengan beberapa syarat tambahan.

Syarat Syafi'i:
1. Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang / rapat jalinannya sehingga ia dapat digunakan untuk berjalan dengannya.
2. Hendaklah ia dipakai dengan kasut.

Syarat Hanbali:
1. Hendaklah ia kukuh dan tidak menampakkan kaki sedikitpun.
2. Boleh digunakan untuk terus berjalan dan ia menetap di kaki dengan sendiri.

Rujukan:
1. Al-Feqhul Islami wa Adillatuh
2. Al-Feqhul Wadhih
3. Al-Feqh Alal Mazahib al-Arba'ah.


Agak lama berada di sini, kami bergerak keluar ke jalan raya berhampiran. Sebelum tu, sempat bergambar di air terjun sebelum hujan turun dengan lebatnya...












Memang basah kuyup, tapi seronok. Dalam kesejukan dan kelaparan, kami disajikan pula dengan nasi ayam panas yang sudah sedia menunggu;




Selepas membersihkan diri, mengemas beg serta kawasan perkhemahan, majlis penutup pula mengambil tempat;












Pihak sekolah, diwakili PK Kokurikulum, En. Abdul Aziz menerima cenderamata dan sijil daripada pihak LASAK.


En. Abdul Aziz menyerahkan cenderamata balas daripada PERGEO kepada pihak LASAK.

Macam biasa, sesi bergambar!;















Alhamdulillah. Semuanya selesai. Sebelum meninggalkan Trong, kami bersalam-salaman tanda terima kasih serta mengukuhkan ikatan ukhuwwah yang telah terjalin;



Hujan kemudiannya turun dengan lebat, seolah-olah memahami situasi ketika itu. Kami masih ada destinasi yang perlu dituju iaitu Kuala Sepetang. Walaupun jam sudah menganjak lewat petang, ditambah pula dengan kedaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan tidak membataskan kami meneruskan program yang telah dirancang.

Menjejak Rahsia Alam @ Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terletak dalam Hutan Paya Laut Matang dan terkenal kerana pengurusan hutannya yang baik di peringkat negara dan juga antarabangsa. Pengurusan hutan yang berkesan terbukti mampu untuk menjamin bekalan kayu bakau secara berkekalan. Pada peringkat awal perancangan, kami sepatutnya berada di sini untuk melihat sendiri:

• Kawasan Perusahaan Arang Kayu
• Kawasan Perlindungan Burung
• Kawasan Proto-Sejarah
• Perkampungan Nelayan
• Kawasan Akuakultur Penduduk Tempatan
• Menikmati Mi Banjir Udang Yang Terkenal

Dan disebabkan keadaan masa dan cuaca yang tidak mengizinkan, ada beberapa tempat yang tidak dapat kami kunjungi. Walau bagaimanapun, Geng ERAT masih bersemangat untuk meneruskan tugasan yang perlu diselesaikan. Dan hasil kepada tugasan ini memerlukan kaedah pencarian maklumat yang pelbagai seperti pemerhatian, temu bual, cerapan di lapangan dan tidak lupa juga kaedah M.A.K.A.N!.



Meninjau pembuatan mi udang;







Rasalah dulu kan!


Hmm...boleh tahan!

Sesi temu bual. Macam wartawan pulak Geng ERAT ni. Banyak maklumat berguna yang kami dapat untuk melengkapkan tugasan kami ini;









Dapat juga kami temu bual pengusaha mi udang yang terkenal ni...

Di Hutan Paya Laut Matang;




Kami meninggalkan Taiping malam itu bukan sahaja dengan perut yang kenyang, tetapi juga minda yang sarat dengan ilmu. Program ERAT telah disempurnakan, menunggu apa pula eksplorasi seterusnya tahun depan!

Add comment


Wednesday, 5-May-2010 02:01 Email | Share | | Bookmark
ERAT Hari Pertama

Kredit untuk Cikgu Siti, Cikgu-Cikgu LASAK & geng ERAT 2010 atas perkongsian gambar.

EKSPLORASI RAHSIA ALAM @ TAIPING, PERAK (ERAT 2010)

PENGENALAN & RASIONAL

Geografi merupakan satu bidang yang mengkaji ciri-ciri fizikal dan budaya manusia serta kawasan persekitarannya. Ia merupakan satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia sebagai taburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Disiplin Geografi juga cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal, kimia dan sosial sebagai unsur-unsur yang menunjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyai saling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.

Oleh yang demikian, Geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau ‘field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuannya adalah asli kepada mata pelajaran itu. Geografi lebih kepada satu bidang, di mana cakupan isi pelajarannya adalah juga merupakan kombinasi ilmu-ilmu sains sosial dan sains semulajadi.

Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan Persatuan Geografi, dengan kerjasama Panitia Geografi SBP Integrasi Kubang Pasu cuba menyepadukan elemen-elemen Geografi Dan Alam Sekitar sebagai salah satu daripada 17 program asas di dalam Agenda Geografi Mesti A. Sebagai rintis kepada tranformasi pendidikan Geografi menjelang tahun 2012, program Eksplorasi Geosains yang dijalankan pada setiap tahun ini sememangnya mencatatkan rating yang tinggi di kalangan pelajar dan ia sememangnya menjadi salah satu pendorong kepada terhasilnya keputusan-keputusan cemerlang pelajar di dalam mata pelajaran ini saban tahun.

Dengan mengaplikasikan setiap tema di dalam mata pelajaran Geografi menengah rendah melalui aktiviti penjelajahan, eksplorasi, perkongsian pintar, interaksi dengan masyarakat, servis komuniti serta unsur pengantarabangsaan, program pada tahun ini sedikit berbeza. Berlatar belakangkan landskap alam semulajadi yang indah dan udara segar belantara, program pada kali ini menawarkan modul menarik selari dengan minat penggemar aktiviti rekreasi luar yang ingin belajar konsep ibadah dalam suasana darurat atau survival. Konsep asas ibadah dan praktikal amalan harian serta teknik ikhtiar hidup dicerna halus dan digarap dalam bentuk program rekreasi yang santai.

Kandungan program, modul dan aktivitinya sememangnya memenuhi keperluan peserta. Lagi menarik program Survival Course yang dijalankan ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Swedish Survival Unit (www.survival.se), sebuah sekolah ikhtiar hidup di Sweden.

PENGISIAN PROGRAM

I-MUSLIM SURVIVOR @ LATA JUMAN, TRONG, PERAK



Mengikut program modul latihan dua hari satu malam Asas Ikhtiar Hidup (Basic Survival Course) setiap peserta didedahkan kepada 10 modul latihan merangkumi aspek perkhemahan, teknik dan prinsip, makanan, tumbuhan yang ada nilai perubatan dan boleh dimakan serta api. Peserta juga diberi penerangan mengenai rahsia parang; tempat berteduh, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika di dalam hutan dan banyak lagi.

Satu modul khas dikenali sebagai i-Muslim Survivor juga diajar kepada peserta yang memberi penekanan terhadap teknik latihan asas fardu ain dan tanggung jawab seorang Islam untuk menjalankan ibadat harian ketika suasana ekstrem atau darurat seperti praktikal solat dalam ketakutan, solat pakai kasut, bersuci dan bertayamum.

Peserta bukan hanya diberi penerangan mengenai kaedah dan khasiat hasil hutan, tetapi juga dikehendaki membuat praktikal kemahiran hidup yang diajar secara individu atau berkumpulan mengikut kesesuaian modul latihan. Dalam keadaan itu peserta akan lebih memahami dan berkemahiran apabila berdepan situasi sebenar nanti kerana tahu apa perlu dibuat.

Secara umumnya antara modul yang disediakan ialah:

- Teknik Packing Rucksacks Untuk Aktiviti Outdoor
- Mengenal tumbuhan mana yang boleh dimakan, beracun, mempunyai nilai-nilai
perubatan dan ciri-cirinya
- Teknik membuat water container dan cawan daripada buluh
- Survival Kits
- Rahsia Parang
- Cara bertayammum dan berwuduk dengan embun serta mandi junub dengan sebesen
air
- Teknik membuat dan memasang jerat four figure di dalam hutan dan mengetahui
isu dan hukum-hakam perburuan
- Teknik menyembelih ayam hidup, melapah dan memasak secara survival (dlm buluh,
dlm tanah, dll)
- Teknik membuat shelter sementara menggunakan pokok bertam
- Teknik mencari arah di dalam hutan berpandukan sumber alam semulajadi
- Teknik solat dengan memakai kasut, solat dalam ketakutan, solat jamak qasar dan
solat berjalan
- Tips Survival Dan Ikhtiar Diri Sewaktu Kecemasan
- Membuat isyarat SOS kod antarabangsa
- Teknik Search & Rescue ketika sesat dalam hutan
- Teknik menghidupkan api (born fire)
- Teknik Memproses Herba Hutan Untuk Survival

JOM IKUT KAMI !

PRA ERAT 2010 - Taklimat akhir ~

Pada petang sebelum bertolak ke Taiping, kami semua akur tatkala menerima amanat daripada Ayahanda Pengetua;



Kami meninggalkan perkarangan SBPI Kubang Pasu seawal jam 3.00 pagi. Maklumlah, perjalanan yang agak jauh, ditambah pula dengan program yang bakal bermula pada jam 8.30 pagi memaksa kami semua mengorbankan waktu tidur untuk bersiap sedia lebih awal.



Seusai Solat Subuh di Pekan Trong, kami berehat sebentar sementara menunggu ketibaan Cikgu-Cikgu LASAK;


Beberapa minit perjalanan dari Pekan Trong, kami tiba di kawasan perkhemahan;



Ambik gambar dulu ok!;




Taklimat dan penyerahan t-shirt serta kit pembelajaran daripada Cikgu-Cikgu LASAK;








Apa pun, sebelum mula, kita sarapan dulu;





Mengemas tapak perkhemahan dan memasang khemah;








Macam biasa, bila ada waktu senggang sikit, mula lah geng ERAT mencari kamera masing-masing dan merakamkan setiap momen yang ada;








Sambil menunggu kelas yang pertama;




Praktikal Packing Rucksack, Kit Survival & Prinsip Asas Perkhemahan












Rahsia Parang

[quote]Many do not realize the importance of Knife in carrying out jungle or adventurous activities. However, from the perspective of jungle survival in tropical Jungle, knife or in Malaysian context known as “Parang” is the most essential item that should be regarded as a “must have” item.



Did you know that Parang is actually a weapon that can be used either to kill or to cut things in the jungle? During your excursion, you can use “Parang” to perform heavy duty and intermediate chores such as cutting woods and even it can also be used to slaughter animals that you hunt.

The cast iron of a Parang is divided into three sections which is the frontal, middle and the edge? The frontal part of it is suitable for scalping; can opening or hole’s digging while, the middle part of Parang is dedicated for heavy duty usage. Hence, it is important that you should utilize this part in carrying out heavy duty chores such as cutting woods and bones. Lastly, the edge of the cast iron of “Parang” can be used to carry out delicate chores such as cawing. To illustrate:-

Did you know that maintaining the good condition of Parang is the most crucial part? First, avoid using your “Parang” from crashing hard stone, iron and other unbreakable objects. This will deteriorate the sharpness of your “Parang”. Second, avoid using you Parang to cut bamboos as it will reduce or even damage the components of the cast iron. Ensure that you sharpen your “Parang” after usage with sandstone; apply it with the rough surface of the sandstone followed with the soft surface. Please take note that your “Parang” should be dry and oiled before storage and ensure its sheath is free from dirt and dust.

I’ve once been advised by one of my survival guru to dare not to enter in any jungle without bringing my knife or “Parang” along. Dare you? - http://lostandsurvive.com[/quote]

Seronok juga belajar tentang parang ni. Tengoklah sendiri;







Mengenal ketulenan batu pengasah...





Tak cukup belajar di darat, masuk dalam air pulak;






Terus praktik, fuh hebat!



Puas belajar, kami disajikan dengan hidangan tengah hari yang sedap. Syukur. Selepas tu, kami solat Zohor Jama' Takdim secara berjemaah. Menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila kesempatan bereksplorasi ini kami manfaatkan dengan mengukuhkan ikatan ukhuwwah antara guru dan pelajar. Alhamdulillah, kami mengambil kesempatan untuk berjemaah hampir setiap waktu solat, sesuatu yang jarang diperolehi semasa di sekolah.










[i]Praktikal Sembelihan Ayam Hutan (Prinsip Islam)


Rentetan daripada pembelajaran tentang parang tadi, kami diajar pula teknik sembelihan ayam hutan. Walaupun di sekolah dah belajar dan siap buat amali lagi, namun yang menarik dalam program I-Muslim Survivor ni ialah cara melapahnya yang cepat dan bersih;


Menunggu ajal...

Seperti biasa, Cikgu-Cikgu LASAK memberikan tunjuk ajar terlebih dahulu;







Kena pastikan betul-betul urat yang sepatutnya putus!


Turn kami pulak apply apa yang Cikgu-Cikgu LASAK ajar. Semua nampak sangat berhati-hati. Mana taknya, tersilap langkah, ayam jadi tak halal dimakan pulak. Apa pun, tabiklah kepada geng ERAT sebab berjaya memastikan semua ayam disembelih dengan jayanya;











Lao shi gerun nampaknya...

Selepas sembelih, kami diajar pula cara melapah dan membersihkan ayam oleh Cikgu Mat. Macam tak percaya, lepas tetak sikit dengan parang, main koyak-koyak saja ayam tu sampai bersih!;






Ok. Giliran kami pulak. Nampak macam susah. Tapi cuba dululah...











Kita zoom tengok satu persatu;










Dan hasilnya tentulah tak mengecewakan...






Teknik Menyediakan Unggun Api & Memasak Secara Survival

Sebenarnya sebelum ayam disembelih dan dilapah tadi, kami dah bekerjasama mencari kayu api di seberang sungai;




Geng ERAT dan cikgu-cikgu LASAK kemudiannya bekerjasama menyediakan perapan ayam dan lemang (asalnya nasi dalam buluh) untuk dimasak secara survival;





















Pokok Misai Kucing ni... Ramuan rahsia ke?

Sementara sebahagian kami menyediakan hidangan, sebahagian lagi diajar cara menyalakan api. Teknik memasak kali ini agak unik. Tak berganjak kami mencuba satu persatu apa yang diajar



Pasir yang digunakan ni pasir basah dari sungai.

Kami diajar menghidupkan api dengan menggunakan magnesium bar;














Api kecik ja kan...


Agaknya damar (getah kering yang dikikis dari pokok meranti) ni boleh membesarkan api tak?


Yeszaaa!

Unggun api dan tempat memasak dah disiapkan. Hujan pulak turun dengan lebat. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang ayam dan lemang tadi melalui proses yang seterusnya. Uniknya, perapan ayam tadi ditimbus di bawah pasir, sementara lemangnya berada di sebelah atas dan kedua-duanya melalui proses pembakaran serentak;





Proses memasak ni mengambil masa berjam-jam juga. Sementara menunggu lemang dan ayam masak, kami mengambil kesempatan membersihkan diri dan mengalas perut. Disebabkan ada sedikit masalah air, semuanya terpaksa turun ke sungai(peluang yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh geng ERAT!). Cuma perlu berhati-hati kerana cuaca yang tidak menentu mungkin mengundang bahaya di sungai tersebut. Alhamdulillah Cikgu-Cikgu LASAK sentiasa ada untuk mengawasi kami.




Cikgu Mat ada, jangan takut...

Saya pun ada...

Lepas mandi, ada hidangan menunggu!




Awas. Jangan meniru aksi ini. Ada geng ERAT yang dapat ilmu terbang rupanya!

Sebelah malamnya, setelah melalui rehat yang agak panjang, kami kembali ke tempat memasak tadi. Wah, nampaknya ayam dan lemang dah masak dan ada sajian tambahan yang lebih istimewa iaitu rendang. Macam musim raya la pulak kan...




Macam mana ayamnya?...




Lemang yang disediakan oleh Cikgu-Cikgu LASAK mesti perfect punya!;




Pelengkapnya...






Dah kenyang makan, kami menunggu masa untuk permainan survival. Dalam hati, mungkin macam slot burung hantu ke, apa ke. Rupa-rupanya.....

Permainan Survival





Sesi ini berakhir hampir jam 12 malam juga. Disebabkan keletihan yang amat sangat, kami meminta izin untuk merebahkan diri. Tapi ada juga yang sanggup bersengkang mata sehingga jam 4.00 pagi menadah ilmu survival daripada Cikgu-Cikgu LASAK yang sememangnya tahan LASAK ni!


Jumpa lagi esok!

takpa la en. meor. dengan kekangan yang ada ni membuatkan jenut holidays pakar dalam bidang yang lain. seronok bila kepakaran banyak disiplin ilmu ni dapat dikongsi bersama. maybe syarikat berbeza, yang penting tujuannya sama - bagi ilmu tentang hutan....
kami nak lagi!
Sun 20-Jun-2010 11:01
Posted by:cikgu as
Saya seronok bila dapat tengok anak-anak bangsa kita generasi sekarang ni dapat belajar benda2 survival dalam hutan ni sebab kebanyakan budak2 sekarang ni lebih berminat pada playstation dan internet games yang merapu dan bukan pada aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang minda dan boleh dipraktikkan apabila kecemasan dan darurat nanti. Jangan kata generasi yang masih bersekolah, generasi yang sebaya dan tua dari saya pun ramai yang lembik sebab tak didedahkan dengan ilmu survival ni awal2. Alhamdulillah ayah saya dulu polis hutan jadi saya didedahkan jugalah dengan benda2 ni masa zaman sekolah dulu pastu kerja pun yang berkaitan dengan hutan juga. Lepas ni nak kena share dengan anak2 sendiri bila dah meningkat dewasa nanti. Mon 21-Jun-2010 01:49
Posted by:Jenut Holidays
bagus. teruskan usaha murni tu... Mon 21-Jun-2010 03:06
Posted by:cikgu as
View all 4 comments Add comment


Thursday, 29-Oct-2009 07:36 Email | Share | | Bookmark
Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Geografi

Just a picture tale...

Sebelum tu, teringin nak berkongsi maklumat geosains berkaitan pulau ini. Ia sememangnya menjadi pilihan ramai penyelidik bukan sahaja disebabkan himpunan rupabumi serta landskapnya yang serba indah, tetapi juga merupakan kawasan yang mempunyai litologi batuan yang paling lengkap di Malaysia, bermula dari usia Kambrian (> 500 juta tahun) sehinggalah ke usia Kuartener...

Quote:
The Langkawi Geopark is made up of 99 tropical islands off the northwestern coast of Peninsular Malaysia covering an area of about 478 square kilometer. These rocky tropical legendary islands are rich in geodiversity, many of which have scientific value of national and regional significant. Langkawi Geopark highlights the region's most complete Palaeozoic geological history and outstanding beauty of tropical island karst landscape. The Palaeozoic rocks of Langkawi Geopark contain among others the oldest strata in the region, complete Palaeozoic succession from Cambrian to Permian, and best sedimentological and palaeontological evidences affiliating Langkawi and the surrounding region with Gondwanaland. Langkawi Geopark portrays a rich mixtures of surface water, ground water and ocean wave originated karstic landscape including some rare formation of islands and hills, ridges and pinnacles; gorges, wangs and doline lakes; caves, tunnels and their diverse cave deposit landforms; and sea-notches, sea-caves, sea-tunnels, sea-arches and sea-stacks. Langkawi Geopark geoheritage sites are mostly protected within the Malaysian holistic nature conservation concept of Geoforest Park where rock conservation is equally treated as biological conservation and other nature conservation components. Three geoforest parks of Langkawi are the Machinchang Cambrian, Kilim Karst and Dayang Bunting Marble Geoforest Parks, each of which highlighting its own unique geology and geological landscape. Other smaller conservation areas are the Recreational Forest and State Permanent Forest Reserves, which hosted several protected geoheritage sites and geological monuments outside the geoforest parks.

Mohd Shafeea Leman, Ibrahim Komoo, Kamal Roslan Mohamed, Che Aziz Ali, Tanot Unjah ~ LESTARI UKM
Kasim Othman & Mohd Hizamri Mohd Yasin ~ JPSM


Saat tiba di pulau lagenda ~









Di Hotel Langkasuka ~







Menimba ilmu daripada penceramah-penceramah hebat ~


En. Kashry Ab. Rani, Ketua Unit Geografi dan Alam Sekitar, BPK



En. Zazili Nawi, YDP Majlis Guru Cemerlang Hulu Perak


Puan Teh...


Cik Suzana Khumariah...

Hari di mana slot PLBD dijalankan ~










Pn. Bahijah tension agaknya dengan kami ni...









Tatkala bot membelah laut Andaman (di lautan Hindi)...




Semakin jauh meninggalkan Tanjung Rhu...


Ko Tarutao, Thailand yang sayup-sayup kelihatan...



Destinasi Geotapak 1 ~ Gua Cherita

Quote:
Location: Close to Tanjung Rhu, Langkawi
Highlights: A rock formation that resembles a sleeping princess.
How To Reach: One can easily reach here by hiring boats from Tanjung Rhu.

The Gua Cerita, literally the Cave of Legends, is a fascinating cave on the island of Langkawi. As the name suggests, it is shrouded in legendary tales of mystery and romance. It is easily reachable by boat from Tanjung Rhu. Gua Cherita comprises two limestone caves sited one above the other. Overlooking the azure waters of the sea, this cave is linked with numerous legends. Every year, thousands of travelers come to have a glimpse of this limestone marvel.

According to the folklore, Gua Cerita is associated with the Battle of the Big Birds. Further, it is said that that once, the Kings of Rome and China planned to marry their children. However, the Garuda (the phoenix), the eagle of Lord Vishnu, opposed the idea because he comprehended that the unification of two such great powers may pose threat to the other small kingdoms. Thus, he kidnapped the Chinese princess and hid her in this cave.

Afterwards, the Garuda went on to crush the forces of the Chinese emperor, Merong Maha Wangsa. The world then witnessed a fierce battle during which the Roman Prince fell into the sea. The waves carried him to the same island where the Princess was imprisoned. Both the souls were united, and Gua Cerita is believed to be the same holy place where the celebrated wedding occurred.

Another legend states that Gedembi, who was giantess having magical powers of transforming anyone into an ox, visited this cave and took up a liking for it. However, the cave was already inhabited by a family of three members. And on their refusal to leave the cave, she turned all the people into stones. Earlier three stones of different shaped existed here, though they have disappeared now. If you dare venture into the cave, you will see a rock formation that looks like a sleeping princess.

In the lower chamber of the cave, you would see the walls etched with some old Arabic script. The inscription acquaints with the story of Sheikh Baharuddin who died on the 9th day of the sixth month in year 68 of the Moslem era. It is believed to have been written in 1754 AD during the reign of Sultan Mohamed Jiwa II of Kedah. Whatever is the story or myth, the fact is that Gua Cherita is a nice place to visit and admire the unique rock formations in Langkawi.








Keunikan topografi kars di dalam gua;












Kesan Sesar Sungkup Kisap?...













Sempadan Sg. Kilim - Laut Andaman;








Wajah lelaki Red Indian yang dilihat dari sisi... Hmm...macam kepala kuda pun ada...

Destinasi Geotapak 2 ~ Menikmati keindahan batu kapur Formasi Setul di Kilim Geoforest Park;

Quote:
FORMASI SETUL
Formasi Setul tersingkap di Kepulauan Langkawi, dan juga di Perlis. Di kepulauan
Langkawi, Formasi Setul tersingkap di bahagian timur, iaitu daripada Tanjung Sabong
di bahagian utara, Tanjung Ru, Pulau Langgun, Kilim, Pulau Timun, Pulau Tuba dan
akhir sekali di Pulau Dayang Bunting di selatan.

Formasi Setul terdiri daripada lapisan batu kapur yang kebanyakannya berwarna gelap
dan berpelapisan tebal. Selain batu kapur yang menjadi komponen utama, terdapat
juga unit klastik yang terdiri daripada syal, batu lumpur, batu lodak, batu pasir serta
rijang. Jujukan batuan Formasi Setul menindih Formasi Machinchang secara selaras
dan satah ketakselarasan ini boleh diperhatikan di Tanjung Sabung.

Berdasarkan fosil yang sangat banyak ditemui dalam formasi ini, jujukan sedimen telah
terbentuk pada zaman Ordovisi hingga Devon (505 juta hingga 390 juta tahun lampau). Rejahan jasad granit telah menyebabkan sebahagian lapisan batu kapur telah berubah
kepada batuan marmar.

Batuan yang mudah larut ini membentuk topografi kars yang dicirikan oleh bukit yang
terasing atau banjaran bukit yang bertebing curam. Pelarutan juga membentuk lubang
benam (dolina), gua dan saliran bawah tanah.

Litologi Utama

Formasi Setul secara dominannya terdiri daripada batu kapur yang sangat keras,
berwarna gelap, berpelapisan tebal hingga masif, dan batu kapurnya telah terhablur
semula (termetamorf) menjadi marmar.

Dalam jujukan batu kapur yang masif dan tebal ini, terdapat beberapa bahagian yang
mempunyai unit klastik atau bahan detrital, iaitu terdiri daripada jujukan batu pasir
kuarzit, syal berkarbon, sabak dan bahan berijang.

Stratigrafi dan Usia

Di Pulau Langgun, tersingkap jujukan lengkap Formasi Setul, iaitu di sebelah barat
pulau. Fosil banyak ditemui dalam unit batu kapur dan unit detrital Formasi Setul, dan ianya sangat membantu dalam proses penentuan usia.

Secara umumnya, usia untuk setiap ahli yang ada dalam Fomasi Setul boleh diringkaskan seperti berikut:

Ordovisi Tengah - Atas ~ Batu Kapur Setul Bawah
Silur Awal (Llandovery) ~ Ahli Detrital Bawah
Silur Atas ~ Batu Kapur Setul Atas
Devon Bawah ~ Ahli Detrital Atas

Batu Kapur Setul Bawah
Batu Kapur Setul Bawah terdiri daripada batu kapur berlapisan tebal, berwarna kelabu
gelap dan berhablur halus. Mengikut Jones (1981) ketebalan unit ini mencapai 3000 kaki. Unit ini boleh ditemui di timur Langkawi (paling baik di Pulau Langgun), dan juga di Perlis.

Unit Batu Kapur Setul Bawah ini mengandungi fosil gastropod dan cepalopod yang menunjukkan usia Ordovisi Tengah – Atas. Fosil-fosil ini banyak ditemui di Pulau Tanjung Dendang, Pulau Langgun dan Pulau Timun. Konodon Ordovisi – Silur juga
ditemui dalam unit ini.

Ahli Detrital Bawah
Unit klastik dalam Formasi Setul terbentuk apabila berlaku gangguan kemasukan atau
pemendapan sedimen klastik di sekitaran pelantar karbonat. Bukti paleontologi
menunjukkan gangguan atau sempadan unit klastik/batu kapur berlaku atau terdapat
berhampiran sempadan Ordovsisi – Silur.

Ahli Detrital Bawah tersingkap di Pulau Langgun, Pulau Tanjung Dendang, Pulau Timun dan Pulau Tuba. Batu Kapur Setul Atas

Di atas Ahli Detrital Bawah tersingkap 400 kaki tebal unit batu kapur yang berusia akhir
Llandovery – Silur Atas. Batu kapur ini dinamakan Batu Kapur Setul Atas.

Fosil Hyolithids, nautiloids & trilobit ada ditemui dalam unit ini. Selain itu, konodon berusia Silur juga pernah dilaporkan oleh Igo & Koike (1966).

Ahli Detrital Atas
Selaras di atas Batu Kapur Setul Atas terdapat ahli Detrital Atas. Ahli ini terdiri
daripada sedimen klastik. Unit bawah mengandungi fosil dacryoconarid tentaculites bersama-sama lamellibrabch dan juga graptolit. Usia graptolit ialah Devon Bawah.

Unit atas yang terdiri daripada selang lapis syal dan batu pasir kuarzit tidak ditemui fosil, tetapi lapisan ini terletak secara tidak selaras di bawah lapisan lumpur berkonglomerat merah Formasi Singa yang mengandungi fosil Devon Akhir. Jadi Ahli
Detrital Atas ini dipercayai berusia Devon Bawah.

Sekitaran Endapan

Formasi Setul terbentuk di sekitaran karbonat. Walaupun batu kapur yang ada dalam
Formasi Setul ini telah termetamorf menjadi marmar, masih ada beberapa lokaliti yang
mempunyai fosil.

Fosil ini boleh digunakan untuk menentukan usia batuan, dan juga sekitaran di mana
fosil ini hidup. Gastropod, belemnite, dan byrozoa yang ada dalam unit batu kapur
merupakan hidupan laut cetek.

Dalam Formasi Setul, selain daripada batu kapur yang dominan, terdapat beberapa
tempat yang terdiri daripada unit atau ahli gersik. Ahli gersit bawah terdiri daripada
litologi lumpur/lodak yang mempunyai fosil trilobit dan juga graptolit.

Dalam jujukan ahli gersik atas, jujukan yang ada mencirikan jujukan mengkasar ke
atas. Ahli gersik yang ada mencirikan sekitaran laut cetek. Ini bermakna, di sekitaran
karbonat Formasi Setul, terdapat masa-masa tertentu, dan bahagian-bahagian tertentu
di mana sekimen klastik terendap.

Pengendapan sedimen klastik ini mungkin disebabkan pada masa tertentu ini, sekitaran
karbonat dicemari oleh sedimen klastik dari sungai atau punca yang berhampiran.
Sedimen klastik ini tidak berterusan (bekalan tertenti) dan sekitaran karbonat kembali
aktif.

~ Prof. Dr. Kamal Roslan Mohamed, UKM.



















Apa yang anda fikirkan?... >>> Pulau Kasut

Melayani pemandangan indah sepanjang menaiki bot...














...dan bot pun terus menyusur laju...

Meninjau paya bakau;







































Umpama pasar apung ~ membeli ikan kerapu segar dengan harga murah...







Semakin menghampiri pengkalan bot Sg. Kilim ~ teruja melihat monyet berenang mendapatkan makanan;

















Destinasi Geotapak 3 ~ Gua Kelawar

Quote:
Gua Kelawar is named after its inhabitants, the Malaysian fruit bats. This Langkawi caves is located along the Kilim River and is only accessible by boat. From the jetty, you can then walk along a wooden platform through a mangrove swamp, leading directly to the cave. The stalactites and stalagmites are of gigantic proportions, forming weird figures reminiscent of other-worldly creatures.
















Keunikan persekitaran serta habitat flora dan faunanya;



























Terus menyusuri Sg. Kilim;










I loike...!





Destinasi Geotapak 4 ~ Gua Buaya

Quote:
The name of this cave may either entice or scare off visitors, depending on their attitude to the crocodiles that still exist in the area, although not in so large a number as in the old days. This cave is unique because the Kilim River actually flows right through it, and is navigable by a small boat at low tide. Inside the cave there is an ascending chamber flanked by walls of white limestone with minimal stalactites and stalagmites. Small colonies of bats roost on the lower ceiling. As part of a tour package, a boat journey culminating in a visit to the cave will provide excitement and adventure.





look...kan macam kepala buaya...









Memberi Makan Kepada Sang Helang;





































Kawasan pengeluaran arang kayu berasaskan bakau suatu masa dulu;





Menjelang tengah hari, kami berehat sebentar di sebuah restoran terapung di mana kami berpeluang melihat penternakan ikan secara akuakultur di situ;










Sedap...









Kembali ke Tanjung Rhu;




Kelihatan seperti penyu, kan...


Rupabumi pinggir laut yang sungguh unik, alangkah bestnya kalau berpeluang melihat tombolo yang ada di kawasan ini semasa air surut...







Sebahagian daripada tumbuh-tumbuhan hutan pantai di kawasan Tg. Rhu;





Puas beriadah, kami kembali ke Hotel Langkasuka;





Fasa menganalisis dan menyediakan laporan PLBD;







Pembentangan semua tugasan;






Pn. Shamshiah, Pengetua Cemerlang SMK Cochrane memberikan komen dan cadangan penambahbaikan...

Majlis penutup;


En. Rashid, wakil guru lelaki...

Mana gambar wakil guru perempuannya?...(Kalau ada, e-mail saya k...)


Ucapan penutup daripada En. Ibrahim Sukimin, Ketua Bidang Sains Sosial, BPK...

Sesi penyampaian sijil dan hadiah;


En. Radzi...


Pn. Norlida...


Pn. Suria...


En. Abdullah...


Pn. Asmaniza...


Urusetia yang begitu komited, Cik Norlei...

Begitu cepat masa berlalu, kursus selama 4 hari 3 malam sudahpun selesai. Aktiviti sebelum kembali ke tanah besar;




Gunung Raya, puncak tertinggi di pulau ini yang dibentuk daripada batuan granit berusia Trias. Keterangan lanjut, KLIK sini...


burung heLANG + batu KAWI = LANGKAWI ...yeszaaa...

Kredit kepada cikgu-cikgu yang sudi menyumbangkan karya intelek mereka ni untuk sama-sama dikongsi oleh semua yang menyertai kursus. Foto disusun rawak sahaja tetapi saya sangat mengkagumi nilai seni yang dipaparkan...Apapun, do enjoy the pics!












Batu kapur Setul yang mempelihatkan ciri batuan sedimen yang ketara iaitu berpelapisan. Warnanya yang hitam adalah di antara ciri yang membezakannya dengan batu kapur Formasi Chuping (warna lebih cerah) selain daripada perbezaan berdasarkan komposisi mineral dolomit di dalamnya...














































Kekar major dan minor yang ada pada satah-satah perlapisan, ditambah pula dengan kesan-kesan penggondolan oleh agen air dan angin.menyebabkan ada di antara bahagian batuan yang mula merapuh...














































(nostalgik sungguh...)












Magik!





Gambar ni lagi...gambar sama, karya individu berbeza...















Lagi foto-foto batu kapur Setul di kawasan Kilim ni. Mungkin anda semua setuju kenapa kawasan ini diiktiraf UNESCO sebagai salah satu daripada beratus-ratus geotaman yang terdapat di seluruh dunia....






















Lipatan rencam yang dapat dilihat dengan jelas. Antiklin dengan sayapnya terlipat selari...


Singkapan batuan yang menampakkan kesan lipatan rebah...

Quote:
Batuan makhluk pendiam
Berbicara lebih daripada seorang pujangga
Jujur lebih daripada seorang hakim...

Prof. Dr. Hamzah Mohamed, Geologi UKM


Salam Geografi Untuk Semua!

Foto dan lokasi yang menarik. Amat berguna dalam P&P untuk topik hutan paya bakau. Tahniah ,untuk semua yang terlibat kerana memperoleh pengalaman yang luar biasa. Bukan semua orang yang bertuah dapat menyaksikan fenomena alam ciptaan Tuhan yang keindahannya tiada bandingannya. Sat 10-Sep-2011 12:19
Posted by:rosnaini mohamad sham
Add comment


Wednesday, 14-Oct-2009 12:54 Email | Share | | Bookmark
3 Bulan Berlalu...


Dah tengok kandungan laporan, hebat le cikgu yang sorang ni... Mon 19-Oct-2009 02:39
Posted by:zarida
Ini boleh buat paperwork untuk projek berjuta ringgit ni Mon 19-Oct-2009 09:18
Posted by:Jenut Holidays
korang ni...nak jek le tu... Thu 29-Oct-2009 07:18
Posted by:dinaszafran
View all 5 comments Add comment


Friday, 10-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN 2009 ~ Token Of Appreciation...

Specially for all EKSTENIANS;



Owh, dah ada orang menerai...



a-ah...bergaya selalu...apa pun tq daripada kami semua kepada en meor dan team Thu 6-Aug-2009 10:41
Posted by:cikgu as
tak dapat beg pun!!!!!!! Fri 14-Aug-2009 10:35
Posted by:rosman
tunggu suma hantar task dulu... Sun 16-Aug-2009 01:55
Posted by:cikgu as
View all 5 comments Add comment


Sunday, 5-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN ~ Sekalung Penghargaan

Warga EKSTEN 2009 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

1. Pihak pengurusan SBPI Kubang Pasu ~ di atas segala sokongan dan keyakinan yang diberikan kepada kami...

2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman ~ di atas kelulusan program yang diberikan...

3. Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ~ di atas segala bantuan dan kebenaran yang diberikan sepanjang kami berada di Taman Negara...

4. Pihak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ~ terutamanya kepada Abang Zamri, di atas jasa baik memberikan keutamaan kepada kami dalam segala hal yang berkaitan dan sajian tengah hari yang sangat sedap!

5. Jutaan terima kasih juga buat pihak Jenut Holidays Sdn. Bhd. (Abang Meor Amran, Abang Amzani, Abang Joe Basri, Pak Badio dan semua jurupandu kami yang berkaliber ~ Abang Sabri, Abang Bukoy dan Kak Aida) yang menjaga kami sepanjang 4 hari 3 malam di Taman Negara, berkongsi ilmu dan kepakaran, mengajar kami erti hutan serta ekosistemnya; yang masih sudi berkongsi maklumat sehingga ke hari ini. Moga kerjasama ini akan menjadi titik permulaan kepada penganjuran program-program seumpamanya pada masa akan datang...



Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaan EKSTEN 2009. Jumpa di Sabah tahun depan, InsyaAllah...!!!



Add comment


Saturday, 4-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN Hari Terakhir ~ Begitu cepat masa berlalu...

Satu transformasi terpaksa berlaku kepada majoriti warga EKSTEN hari ini. Apa dia?... Tak boleh bagitaulah... Kehadiran geng belia dari Perlis sejak petang semalam sememangnya memberikan impak yang cukup besar kepada kami semua.

Walau bagaimanapun, sejak awal pagi lagi, 'warga dapur' telah mula memenuhi tempatnya sementara 'warga balai' mula packing barang-barang masing-masing ke dalam beg. Hari ini, kami tidak perlu lagi memasak kerana sajian sarapan pagi sudah menunggu kami di restoran terapung. Oleh yang demikian, aktiviti untuk pagi ini sudah tentu mengemas kembali dapur dan kawasan perkhemahan!



Sementara di Aki Chalet;


Sebenarnya cikgu-cikgu tinggal sini...Senang nak charge bateri kamera budak-budak tu...! (alasan)

Selesai berkemas, semua bergerak ke restoran terapung untuk aktiviti seterusnya;



Quote:
Menu Pagi Ini

1. Pisang goreng rangup dan ranum yang sedap (tidak wujud di DM)

2. Roti sapu marjerin + jem strawberi yang sedap (pun tak wujud di DM)
3. Bihun goreng tak berminyak yang sedap (jarang berlaku di DM)
4. Teh susu panas


Menikmati sarapan pagi terakhir di pinggir belantara ini...




Hmmm...betul-betul HoLiAoO!


Abang Am tekun mengeluarkan memory card yang tersangkut di dalam reader slotnya...

Selesai acara makan, tibalah masa sijil penyertaan disampaikan;




Abang Am selaku Pengarah Jenut Holidays memberikan ucapan ringkas...



Masing-masing terpaku mendengar...so impressed! maaa...


Ainuddin, kapten EKSTEN!

dan beberapa lagi yang sempat disnap!




Eh, mana cikgu Siti?...




Tak kisahlah. Asalkan masing-masing gembira, kan...

Kemudian, masing-masing bergerak ke pintu masuk Taman Negara di Kg. Kuala Tahan dan di sini kami mengabadikan kenangan bersama-sama Abang Meor, Abang Am dan Pak Badio sebelum Abang Meor mengadakan upacara penutup yang simple;


Take one!


Take two!


Say cheeeese...!

Dan lagi;



Akhir sekali, Ainuddin mewakili EKSTEN putera manakala Kak Long Saidatul Atiqah mewakili EKSTEN puteri mengambil kesempatan memohon maaf dan berterima kasih kepada semua staf Jenut sambil bersalam-salaman sebagai ekspresi memohon keredhaan atas segala ilmu yang diperolehi;







Sebelum melangkah naik ke bas, kami apa lagi ~ shopping la dulu...!



Jeling-jeling~

Kumpulan Liana sempat meninggalkan sebuah monumen tanda momento cintanya kepada Taman Negara...

Restoran Liana!

Atas bas;


Semangat Taman Negara masih bersisa...

sehinggalah...



........zzzzzzzzzzzz

Tapi tidak bagi Suhail;


Gajah Oh Gajah

Perjalanan seterusnya ialah menuju ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Selalu sangat disebut2 semasa belajar Geografi; kali ini kami akan ke sana secara live!

Selepas hampir 2 jam perjalanan;




Kami disambut oleh Abang Zamri, salah seorang staf di sana. Beliau merupakan abang kepada Abang Sabri, guide kami di Taman Negara. Alhamdulillah, kata orang, apa yang kita taja, maka itulah yang akan dijana. Berkat membina hubungan baik dengan abang2 guide, dengan senangnya bantuan lain terus menyusul. Laluan sangat dipermudahkan, tambahan pula kami berkejar masa untuk balik ke Bukit Kayu Hitam selepas itu, berbaki lagi 13 jam perjalanan....aduh!

Enjoy the pics!;


Abang Zamri membawakan kami makanan tengah hari yang dipesan. Sangat well-prepared walaupun bagitau last minute, Alhamdulillah...


Kita makan dulu!

Dah kenyang, barulah kami bergerak masuk ke dalam kawasan pelawat. Untuk pengetahuan, 30 daripada kami mendapat pas pelawat biasa, iaitu berpeluang bermesra denga gajah, memberi makan gajah serta menonton dokumentari mengenai gajah, manakala 10 lagi menerima pas istimewa, iaitu mendapat peluang tambahan berenang dan mandi bersama gajah serta menunggang gajah;


















Acara memandikan gajah;





Acara memberi makan gajah;



Acara menunggang gajah;





Dan lagi...






Oh ya. Inilah Abang Zamri yang sentiasa sibuk tapi masih sudi membantu. Terima kasih banyak...

Setelah menghabiskan masa lebih sejam di pusat ini, kami bertolak pulang ke Bukit Kayu Hitam. Selepas bas memasuki Lebuhraya Karak, tiada siapa lagi larat membuka mata (kecuali pemandu lah...) kerana tersangat penat... Kami berhenti di Tapah pada lewat petang untuk melaksanakan aktiviti 3 dalam 1 (solat Asar Jama' Takhir + makan malam + solat Maghrib Jama' Takdim) dan meneruskan perjalanan ke utara dalam keadaan hujan renyai-renyai (syukurlah semua program berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik... )

Kami tiba di sekolah tepat jam 12.30 tengah malam. Warga EKSTEN mengambil langkah selamat turun ke bumi SBPI Kubang Pasu dengan mematuhi nasihat dan saranan guru-guru mereka ni. Hopefully tak adalah kejadian buruk yang akan berlaku di sekolah. Kami berkumpul sebentar di depan asrama puteri, bermuhasabah diri seketika lalu masing-masing menadah kesyukuran di atas kejayaan pelaksanaan program serta perjalanan yang selamat.

Dan doa selamat pada malam yang hening itu mengakhiri EKSTEN 2009....




ALL FOR ONE; ONE FOR ALL

InsyaAllah, next year kita pergi Sabah pulak Sat 8-Aug-2009 05:42
Posted by:Jenut Holidays
oraittt..! Sat 8-Aug-2009 16:28
Posted by:cikgu as
gambar naik gajah tu yg paling menarik!!!! Fri 14-Aug-2009 10:53
Posted by:rosman
View all 5 comments Add comment


Friday, 3-Jul-2009 12:22 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN Hari Ketiga ~ Menongkah Arus Jeram; Perjuangan Diteruskan

Perkampungan Orang Asli Batek

Kami sampai di sini selepas jam 3 petang. Perkampungannya simple ja, tapi cukup eksotik. Orang asli di sini memang sudah biasa menerima tetamu asing, sudah tidak kisah. Kehidupan mereka yang berpindah randah juga sudah sebati dalam hidup masyarakat pribumi belantara ini. Nak tahu tentang mereka, sila baca ok :

Quote:
Location - About 700 to 800 Batek, an Orang Asli Map of Batek Territory society (Malay for “Original People”) live in the forests of Peninsular Malaysia, many in the Taman Negara National Park and surrounding areas.

Economy - The economy of the Batek is based on gathering, hunting, and collecting forest products for trade, with occasional crop planting on a small scale. They have no concept of land ownership—the idea is absurd to them—and natural resources in the forest cannot be owned until someone harvests them. Wild foods and forest products are available for anyone who wants to take them. People who discover resources in the forest, such as a wild fruit tree, will share the knowledge with the band with no further special rights to it. An exception might be fruits from the orchards in the river valleys, where people might resent individuals from another valley taking them.

Beliefs that Foster Peacefulness - The Batek believe that one of their diseases, ke'oy, consisting of fever, depression, shortness of breath, and weakness, is caused when someone is angry with another without justification. While there are some spells that may help, the cure for the disease is for the person who is angry to control his or her feelings so the victim can recover. The person responsible for the problem treats the victim with various folk remedies, tells the victim's heart to be cool, blows on his or her chest for the cooling effect, and grasps and throws away the disease. This belief in ke'oy helps ensure that the Batek treat each other well, since victims receive group backing and angry people, who cause disease, may lose social support and be ostracized.

Avoiding and Resolving Conflict - While they do not resolve conflicts in a formal manner, people frequently have public discussions of disputes in attempts to gain supporters for their arguments. When conflict resolution strategies fail, one of the parties to a dispute will often leave the group for a while to let feelings of anger dissipate.

Gender Relations - Men normally hunt while women gather vegetables, but both foods are valued equally and both sexes are part of the food-sharing network in their camps. Men sometimes gather vegetables, and women sometimes (though rarely) hunt—they have no Batek man threading tubersrigid rules separating their sex roles. Both sexes gather the rattan that they trade for outside goods, and men and women both participate in government-sponsored agricultural activities. Marriages are based on equality, compatibility, and affection; couples make joint decisions about their activities. They normally have close, companionable relationships while they work together and enjoy their leisure time with one another. If the warmth of the relationship erodes, either spouse can divorce the other and count on the support of the band to assist with child-support and food sharing.

Raising Children - Batek fathers as well as mothers spend a lot of time cuddling, holding, and talking with infants of either sex. Parents are quite relaxed about discipline: one two-year old child used a bamboo flute his father had just finished making as a hammer. The father didn't care since he could easily make another. Parents rarely strike a child or use physical force on them, since their word sakel means both to hit and to kill, an abhorrent concept to them. Parents may discipline children by warning them about tigers, strangers, or the thunder god that punishes people who violate religious prohibitions. Children play actively but not aggressively, and they lack competitive games.

Social Practices - Their camps consist of autonomous families that share enough interests to prompt them to converge together. They schedule and informally coordinate group activities such as fishing. They discuss group issues extensively and rely on natural leaders for their experience, judgment, and advice. These leaders can only be persuasive—they have no authority. The Batek tolerate the occasional lazy individuals, since their spouses often make extra efforts as if to compensate.

Sense of Self - The Batek identify themselves as forest people; the forest is their true home. Their shelters are scattered about wherever they decide to camp, with no symbolic defenses from the forest. While the thatch is still fresh and green, it is almost impossible to see a camp from even a few feet away. They prefer the forest because it is cool and, they feel, healthier than living in the heat of the clearings. They also prefer the forest because it gives them a refuge from other people.

Sharing - The Batek have a firm expectation that all food, including game that is killed and vegetables that are gathered, will be shared. When different groups come back to their camp near the end of the day, after the tubers and pieces of meat are carefully shared, the families cook their meals and then send their children carrying plates of food to others, despite the fact that everyone already has enough. This teaches the youngsters the importance of their sharing ethic. They also share other goods freely, whether they are obtained as gifts or purchased through their trading. Except for the elderly or infirm, each person can share without causing a strain and whatever is given will presumably come back at some point.

Strategies for Avoiding Warfare and Violence - The Batek are totally opposed to any interpersonal violence—they flee from enemies instead of fighting. The anthropologist Kirk Endicott (1988) once questioned a man about the Malay slave raids that lasted until the early 20th century: why didn’t his ancestors shoot the attackers? “Because it would kill them,” the man answered in shock. Violence, coercion, aggressive behavior, and physical retribution are so totally unacceptable to the Batek that they would ostracize anyone who was belligerent. Batek women, as well as men, are free from the threat of physical violence because of these beliefs.

But How Much Violence Do They Really Experience? - Kirk Endicott implies (1988), though he does not come right out and say so, that there is very little if any violence among the Batek. Karen Endicott (1992) does describe the way one woman, who was evidently quite unstable emotionally, struck her children at times when she got very angry with her husband.


Untuk mengetahui lebih lanjut, klik SINI


Dah berjaya mengelakkan diri daripada basah sepanjang perjalanan, disimbah air pula ketika mahu turut dari bot. Basah kuyup kami dikerjakan!


Letakan perkampungannya tinggi juga, kena mendaki bukit pasir...


'Tok batin' yang tak sabar-sabar nak balik kampung marah2 sebab kami berjalan lambat. Baju basah kan, mana boleh laju...

Aktiviti kami di sana;





Taklimat daripada Abang Am...

Sambil-sambil dengar, mata ni melilau ke sana ke mari melihat sekeliling perkampungan ni;








Inilah dunia mereka...!

Untuk pengetahuan, setiap kali selepas mereka ini berpindah ke tempat baru disebabkan kematian dsb., kaum wanitalah yang akan membangunkan rumah baru untuk keluarga mereka, sementara kaum lelaki hanya menyediakan materialnya sahaja. Hebatkan orang pompuan ni; tangan yang menghayun buaian boleh juga membina rumah!



Ni bukan iglu, tupik mahupun chum, tapi bagi kaum Batek ni, rumah seperti ini ibarat syurga tau...!


Dari pagi lagi, mereka ni tak berkesempatan nak menjamah makanan, mana taknya, pelancong datang berduyun-duyun...

Lepas tu, ada demonstrasi menghasilkan api;









Demonstrasi menyumpit;





Yuk kita pulak...!






Mana yang tak lalu nak menyumpit tu, mengambil kesempatan beramah mesra dengan penduduk kampung;







Apasal semua minat dengan Tok Aki ni?...


Apa macam?...Sesuaaaiii takkk?...


Mencari-cari cenderamata untuk dibawa pulang kepada yang tersayang...


Hai... rasa macam tak mau balik dah... (nape dengan Ainuddin ni?...)

lalu...


meninggalkan jejaknya di sini...(isy... bahaya budak ni...)

Sebelum menaiki bot pulang ke tapak perkhemahan, kami sekali lagi diberikan peluang manda-manda di sungai sambil diawasi oleh semua jurupandu;









Perjalanan balik kali ini lebih ekstrim. Tak, bukan jeram dan chegarnya yang berliku-liku, tapi permainan rapat, simbah dan basahnya yang lebih mengujakan!













Fuh...


Setelah memberikan penangan air yang cukup hebat kepada kami semua, bot pun semakin menjauh antara satu sama lain, kemudiannya dikemudi pulang ke tapak perkhemahan.....

Sesampainya kami di tapak perkhemahan, masing-masing sudah terlalu letih, ditambah pula bila melihatkan tapak khemah yang asalnya diconquer oleh kami kini telah dipenuhi oleh beratus buah khemah yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...Arghhh!...Persaingan sengit untuk mandi nampaknya selepas ni...

Menjelang malam, kami semua sudah bersiap-siap untuk meneruskan program pada malam ini. Alhamdulillah, sempat berehat lebih dua jam pada petangnya, ditambah pula dengan sogokan mi Maggi yang Abang Meor bekalkan, sebagai alas perut sementara menantikan makan malam yang lebih istimewa...






Program istimewa yang dimaksudkan tentulah BBQ. Malam terakhir ini kami penuhi dengan beberapa acara yang berlangsung tanpa gangguan kerana geng-geng belia Perlis yang berkhemah di campsite bersebelahan turut mempunyai acara mereka sendiri di tempat lain.


Walau bagaimana sekalipun, acara inilah yang paling menyentuh hati...

BBQ & Acara Malam Terakhir

Quote:
Menu Malam Ini

1. Nasi goreng
2. Ayam BBQ
3. Sosej
4. Sate
5. Buah
6. Jus
7. Sebiji durian Kg. Kuala Tahan yang sangat best tahap gaban (untuk cikgu je yea...)!



Ayam BBQ resepi rahsia yang kami perap sejak semalam mula dibakar.

Sementara di dapur seperti biasa;



Kali ni Kak Long mengambil tender masak nasi goreng...

Dan akhirnya;


Ayam BBQ


Nasi goreng Kak Long


Sate


Epal


Dan lain-lain...

Hmm...makanlah apa lagi...!




Perut dah kenyang. Kami diberi masa pula untuk berbincang di dalam kumpulan untuk acara yang seterusnya iaitu persembahan. Persembahan yang dikehendaki adalah berbentuk refleksi yang dipersembahkan dalam bentuk lakonan semula mana-mana situasi sepanjang program yang dirasakan sesuai. Hmm...walaupun hanya sekadar lakonan semula, mesej yang dibawa rasanya sampai dan fuh, mungkin terkena batang hidung sendiri!






Susun strategi tambahan bila dah tengok persembahan member lain...







Hai...nampak gayanya pelbagai bakat terpendam dapat dicungkil.

Dan persembahan paling best semestinya dari kumpulan ni. Siap menari-nari tarian orang asli lagi...








Sebagai penutup malam terakhir ini, kami dikejutkan dengan slot Public Speaking. EKSTENian yang terpilih terpaksa menceritakan pengalamannya sepanjang 3 hari di Taman Negara dalam Bahasa Inggeris. Memang, kalau diminta bertutur dalam Bahasa Jepun mahupun Perancis, kami rasa cukup mudah, tapi kalau kena speaking ja, alamakkk...berterabur....Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Pak Badio yang mengendalikan slot ini. Beliau banyak mengajar kami perbendaharaan kata yang betul dan yang pasti ~ Practises makes perfect!



I.... I...gain a lot...a lot..of...knowledge here...such as...bla bla bla...

Selepas post mortem terakhir dari cikgu, kami masuk tidur. Susah juga nak lena, tapi harus memaksakan diri sebab ancaman cikgu tadi ~ Pilih antara dua, bangun jam 5.00 pagi dan mandi atau mandi di sekolah 24 jam dari sekarang (maknanya tak yah mandi pagi sebab terlalu crowded di bilik air pada waktu puncak!)...

Kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri...!"

http://www.jordanretronoir.com ,air jordan noirt Sun 22-Apr-2012 17:38
Posted by:onqvis  - [Link]
http://www.pandorabracelets-ireland.com ,Pandora Bracelets charms Fri 27-Apr-2012 07:52
Posted by:pjqxyw  - [Link]
http://www.mulberryfactoryshop.me.uk ,mulberry factory shop Thu 10-May-2012 22:15
Posted by:daetqz  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 3-Jul-2009 05:13 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN Hari Ketiga ~ Menongkah Arus Jeram; Perjuangan Diteruskan

Kami memulakan hari ketiga dengan hati yang girang...


Pokok ini menjadi saksi...


Macam biasa, hari kami dimulakan dengan roll-call, nyanyian lagu Negaraku dan taklimat. Ala-ala perhimpunan pagi di sekolah la...

Pagi ini, kumpulan Liana yang mengambil alih tugas memasak. Hmm apa menunya?...

Quote:
Menu Pagi Ini

1. Bihun goreng
2. Nasi goreng polos (teringat letupan tu...!)
3. Kurma ayam malam tadi
4. Samosa
5. Popiah (inti satar, sedap sungguh!)
6. Teh
7. Nescafe


Tiada masalah di dapur. Masuk hari yang ketiga, masing-masing mula menunjukkan belang...ops...silap, menunjukkan kepakaran....


Tak sangka Zulhusni cekap basuh pinggan di dapur...kemas pulak tu...

Tengoklah siapa buat bihun yang sedap ni...



Si Ikhmal sejak awal2 lagi kupas bawang tau...!


Yang lain tu tukang sibuk je...

Ini hasil penat lelah pagi ini. Tadaaaa...!


Bihun goreng


Nasi goreng


Kurma ayam


Popiah dan samosa

Cara menyaji kali ini juga lebih kreatif dan sistematik;






Selesai makan dan berkemas-kemas, kami berkumpul sekali lagi untuk warming up. Ye la, aktiviti sepanjang hari ini memerlukan persediaan mental dan fizikal;


Oh tidakkk...bukan gambar ini...


Ya... yang ini...

Dan seterusnya memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Gua Telinga;





Ni baru intro...





Kantung ini orang asli guna untuk letakkan madu yang dibawa turun dari pokok Tualang tau...!


Sesat ke?...


Fuh, nasib baik jumpa...


Pacat tak banyak, tapi lebih baik ambil langkah berjaga-jaga... (kata nak jadi saintis???)

Meneroka Gua Telinga





Bukan semuanya masuk. Kat luar tinggal yang tua-tua ni ja...

Dalam gua;




Wajah-wajah peneroka gua yang berjaya;


Liana


Epifit


Saprofit


Parasit

Apabila sering sahaja bertemu dengan mat-mat salih ni, kami mengambil peluang untuk berinteraksi dengan mereka. Hidup ni kenalah bermasyarakat kan...




Hampir dua jam di Gua Telinga, kami kembali ke bot untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Nak keluar dari hutan ni pun siksa jugak la...letih sungguh!

Meredah Arus Jeram

Sebenarnya, meredah arus jeram dan chegar ni tak la sampai membuatkan kami basah. Tak...bukan macam berkayak kat jeram macam dalam tv tu. Jeram dan chegar di sini simple ja. Cuma kami telah berjaya di'kena'kan oleh jurupandu-jurupandu kami yang telah berpakat bermain permainan 'rapat dan simbah besar2an' ~ yang akhirnya membawa kepada keadaan kami yang basah kuyup...!

Seronok juga, tambah2 bila dah tahu taktik supaya tak basah muka (especially tak nak bagi tudung kemik!. Semua barang2 dan beg dah dimasukkan dalam plastik besar yang disediakan. So, apa nak takut, redah saja lah!.


Mulanya tak sabar naik bot...


Kami dah ready... (Masih steady!)


Perjalanan masih aman


Hmm... relax ja rasa...


Hai orang sebelah!


Bot semakin laju, lepas tu apa yang berlaku?...


... dan nampaknya macam ada satu pakatan jahat!

yang membawa kepada...





Arghhhh...!


He he he... serve you right!


Kemudian. bot sedaya upaya mengelak ke tepi... bukan bererti menjauhkan diri... jaga korang semua!


Sampai ke Nusa Holiday Village untuk makan tengah hari...







Quote:
Menu Tengah Hari Ini

1. Nasi ayam
2. Ayam goreng madu
3. Sos dan kicap
4. Salad
5. Sup ayam
6. Jus







Intai-intai makanan yang ada;





Ha, apa lagi, jemputlah makan...;







Lepas makan, sementara menantikan bot sampai, kami sempat lepak-lepak di sini sambil menjamu mata;





Nusa Holiday Village ni memang cantik. Air seolah-olah hujan dibiarkan mengalir turun di sekeliling bangunan menjadikan keadaannya sejuk, ditambah pula dengan pemandangan jeram dan chegar yang mengalir deras di hadapannya, so picturesque... Lagi tentang Nusa;

Quote:
STANDARD HOTEL CATEGORY

Nusa Holiday Village

* Local Resort located by Tembeling and Abai riverbank
* Located in Nusa Jungle Reserve, 4 km from Kuala Tahan, 15 minutes by boat
* 24 rooms – 13 Malay House, 4 Malay Cottage, 7 A Frame Chalet and 64 beds hostel
* Nusa Restaurant
* Convenient Store
* Recreation Centre
* Main Attractions :
o Abai Waterfall
o Warisan Hill



Rasanya siku siapa ni?...



Huh..takde kerja...!




Harimau ni pun lemaslah!...


Kak Aida yang cool!

Lepas tu, kami kembali menaiki bot dan mudik ke hulu untuk ke Perkampungan Orang Asli Batek. Jumpa di sana kay!

Tahniah kepada persatuan Geografi kerana saban tahun telah berjaya melaksanakan program-program jitu.
Ternyata ia adalah satu proses pembelajaran yang cukup menarik seiring dengan pengalaman-pengalaman yang ditempuh oleh seantero warga SBPIKP.
Diharap, program-program seperti ini dapat diimplementasikan lagi pada masa akan datang dan menjadi satu program niche area bagi memantapkan lagi pengetahuan serta jati diri para pelajar SBPIKP. Insya'allah!
Mon 3-Aug-2009 04:01
Posted by:Sir Fik
terima kasih sir fik atas semangat dan dorongan...lepas ni boleh la pi sama-sama kami sekali lagi yea...
* untuk semua viewers, bila ada kapsyen, maksudnya ada gambar di atasnya. terpaksala sabar menanti semua gambar diupload. harap tak terlepas peluang melihat gambar2 yang menarik...
Mon 3-Aug-2009 04:36
Posted by:cikgu as
Program ni memang seronok, selain dapat ilmu mengenai flora dan fauna, dapat juga lihat kehidupan penduduk kat situ dan dapat merapatkan lagi hubungan cikgu dengan pelajarnya, especially .....cikgule.....sebab masih baru kat sekolah ni... Tue 11-Aug-2009 04:48
Posted by:zarida
Add comment


Thursday, 2-Jul-2009 05:07 Email | Share | | Bookmark
EKSTEN Hari Kedua 2 ~ Lasak, penat tapi menggembirakan..

Setelah melepaskan lelah sebentar, mengunyah sedikit tit-bits dan meneguk air mineral yang dibawa, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh. Disebabkan masa yang suntuk, kami terpaksa melepaskan peluang mendaki Bukit Terisek yang mengambil masa hampir 3 jam, sebaliknya terus ke Jenut Muda dan Lubuk Simpon yang tempoh perjalanannya mengambil masa hampir satu setengah jam.


Arghhh...naik bukit lagi... Asid laktik dah banyak berkumpul di bahagian lutut menyebabkan kaki dan badan yang jarang-jarang beraktiviti meningkatkan stamina ni cepat penat...



Tangga daripada akar-akar pokok yang berselirat.... ini la yang membuatkan kita letih...!


Ni lah sarang kelulut...macam agas juga tetapi suka kepada rasa peluh yang masin (sweat bee)

Masih setia mempelajari ilmu-ilmu rimba;





















Karang ~ fosil ke ni?...


Pokok ular sawa?...


Nampak sedap pulak buah ni...


Korang nampak ke apa yang kite nampak?...


Jane Tarzan Malaya...

Mandi di Lubuk Simpon

Rasa penat dan lenguh serta-merta hilang apabila terpandangkan sungai yang terbentang luas di hadapan. Kami diberi masa seberapa lama pun untuk berehat sambil menikmati makan tengah hari yang disediakan.



Tenangnya...

Quote:
Menu Tengah Hari Ini

1. Nasi goreng
2. Ayam goreng
3. Salad
4. Air mineral



Abang Meor sudah sedia menunggu...!

Kita parking dulu...









Kita datang, dia pun nak tumpang sekaki...!

Jom makan!


Jemput ye...!


Makan santai atas bot...


Comel pulak tengok Abang Meor ni...


Janganlah snap...kami malu...

Bila dah confirm kenyang, maka bertebaranlah kami di segenap ceruk Lubuk Simpon. Tengoklah macam-macam agenda yang kami buat, tapi masih di bawah kawalan semua jurupandu kami yang mengambil kesempatan berehat di sini...


















Macam tak pernah jumpa air...! (Jangan risau...aksi diperhatikan oleh pengawal-pengawal keselamatan di sekeliling kami...)



Harapkan pagar, pagar beria-ia mandi...!

Bagi yang tak mau membasahkan baju;








Siap dijamu buah kundang yang dipetik dari hutan lagi tu...!

Menjelang petang, kami bergerak pulang ke tapak perkhemahan. Masih menggunakan denai-denai yang ada di dalam hutan, bezanya kali ini, perjalanannya lebih singkat. Selamat tinggal our sweet Lubuk Simpon..!



Sementara kami bersusah payah merentasi hutan belantara mencari jalan pulang ke tapak perkhemahan, cikgi-cikgi ni bersenang-lenang dibawa menaiki bot ke arah hulu sungai. Nak ke mana ya?...Katanya nak pi photoshoot... Ye ke?


Jom ikut kami!

Bukan sekadar menjamu mata;







Rasanya dah sampai ni...


Tempat ni terletak betul-betul di pertemuan sungai X dan Y (lupa lah...minta tlg kat Abang Meor kita betulkan nama ni yea...) Lihat, perbezaan air dia...malangnya keruh sebab hujan...


Tadaaaa...!





Mana ikannya?... Lari ketakutan tengok depa ni...

Setelah puas memberi makan ikan kelah dan sebarau yang susah betul nak timbul-timbul (buat habiskan boreh jaaa...), tibalah masa berpatah balik ke hilir; bagai itik pulang petang...









Dah sampai... ingat nak buat spotcheck la kat budak2 ni...Syyyhhh...

Nun di kejauhan;


Alhamdulillah. Solat berjemaah di tebing sungai. Ni baru boleh mengaku produk SBPIKP...


Masya Allah...

Mana anak-anak dara tu?...


Subhanallah...

Macam-macam ye korang ni...

Jam 6.30 petang, kami mula turun ke dapur menyediakan makan malam.

Quote:
Menu Malam Ini

1. Nasi putih
2. Kurma Ayam
3. Telur dadar
4. Kangkung goreng belacan
5. Epal
6. Jus


Enjoy the pics!...

Fasa persediaan;







Opsss...kami tengah gaul ayam dengan rempah rahsia. Ayam BBQ malam esok...

Fasa memasak;








Fasa menghidang;






Kangkung goreng belacan pedas...


Telur dadar...ok la kann...

Mana gambar kurma ayam yang best tu?...

Permainan Kotak Beracun

Selesai makan dan mengemaskan dapur, kami dikunjungi oleh beberapa tetamu istimewa;


Orang Perancis ni... iye ke?...


Abang Amir dreadlock dan Abang Bukoy...


Ooo...ni bukan...


Ni lagi la bukannn..!


Peace!

Meriah juga, ditambah lagi dengan suasana campfire pada malam tu;










Pengalaman cukup menarik pada malam kedua ini. Selepas post-mortem, kami merebahkan diri dalam khemah masing-masing, tidur lena dengan mimpi-mimpi yang indah ~ membayar kembali kepenatan yang amat sangat pada siang hari...

Walau bagaimanapun kaum lelaki tetap dengan fitrahnya ~ sebagai pelindung;


Menghiburkan hati tatkala bersenteri malam tu...

Thee hee heee....

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com