Want your
own Fotopage?








 
...We Create Our Own Geoscience World...

By: Persatuan Geografi SBPI Kubang Pasu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Mar-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
KEMBARA Apresiasi Alam 2007 - Lembah Lenggong, Perak

Merupakan program Persatuan Sejarah & Geografi, kesinambungan daripada Kembara Apresiasi Alam 2006 - Pulau Langkawi.

Tarikh : 22-24 Mac 2007
Tempat : Pusat Lapangan USM, Lenggong Perak
Tapak-tapak arkeologi sekitar Lenggong & Kota Tampan
Muzium Arkeologi Kota Tampan
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Rating : 5 Bintang, he he he ...

Sebahagian daripada isi kandungan kertas kerja program ini;

Quote:
Sejarah merupakan bidang penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. Sejarawan terkenal, Ibnu Khaldun mentakrifkan Sejarah sebagai bidang yang membicarakan tentang manusia serta peradabannya dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Herodotus pula mendefinisikan Sejarah sebagai satu penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Biar apa pun takrifan yang dibuat oleh mereka, sesungguhnya bidang ini sangat bermakna dalam menentukan pembentukan ketamadunan hari ini setelah segala fakta Sejarah dapat dibuktikan kebenarannya, umpama kepingan jigsaw tanpa mengira saiz yang akhirnya dapat dicantumkan menjadi satu peta sejarah negara yang tidak ternilai harganya!.

Meskipun pada asasnya ia merupakan satu bidang aliran bukan sains, tetapi skop kajiannya yang pelbagai menjadikan bidang ini multidisiplin. Di dalam Sejarah itu sendiri, terdapat beberapa bidang kepakaran seperi Antropologi (kajian saintifik manusia), Arkeografi (kajian dokumen kuno), Arkeologi (kajian saintifik kebudayaan prasejarah), Speleologi (kajian gua) dan lain-lain lagi. Bidang-bidang ini pula terbina dengan bantuan disiplin-disiplin bidang yang lebih kecil dengan kajian yang lebih spesifik, umpamanya Geologi (kaji bumi), Zoologi (kaji haiwan), Fizik, Kimia dan sebagainya. Teori Uninformitarianisme yang menyatakan bahawa ´The Present Is The Key To The Past´ yang digunapakai dalam bidang Geologi sejak sekian lama, turut mengaitkan bidang ini dengan Sejarah. Pendek kata, Sejarah bersifat tanpa sempadan, diperluaskan lagi dengan penyertaan pelbagai bidang berbentuk gunaan, selaras dengan perkembangan dalam bidang-bidang ilmu yang lain.

Program berteraskan ´lawatan sambil belajar´ ini adalah merupakan program tahunan persatuan kali kedua, selepas kembara yang pertama berasaskan Geosains berlangsung dengan jayanya. Ia difikirkan perlu bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar tingkatan satu hingga lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dalam memperkukuhkan kefahaman mereka dalam subjek Sejarah. Selain itu, program sebegini dapat memberi pelajar peluang untuk merehatkan mental dan fizikal mereka melalui konsep rekreasi minda di makmal pembelajaran luar.

Pada dasarnya, program merentasi kurikulum ini memberikan pendedahan dan informasi secara langsung dan tidak langsung kepada para pelajar, di samping memupuk minat pelajar dalam kerjaya berkaitan Sejarah, walaupun mereka disediakan untuk memenuhi aliran sains di sekolah ini. Adalah diharapkan semoga usaha ini akan dapat memberikan panduan, sekaligus memperluaskan lagi minda pelajar dalam mensasarkan matlamat kerjaya mereka suatu masa nanti.

Program ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pra pelaksanaan (sebelum program), fasa pelaksanaan (semasa program berlangsung) dan fasa post pelaksanaan (selepas program). Program berbentuk ‘perkongsian pintar’ hasil usahasama Persatuan Sejarah & Geografi – Panitia Geografi dan Panitia Sejarah ini adalah merupakan program tahunan kali kedua, selepas kembara yang pertama berasaskan Geosains berlangsung dengan jayanya pada tahun 2006 di Pulau Langkawi.
Program yang bakal disertai oleh 30 pelajar Persatuan Sejarah & Geografi, dengan diiringi 5 guru mata pelajaran Geografi dan Sejarah ini akan turut menjadi sebahagian daripada program pendidikan terpandu oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM dan juga Muzium Arkeologi Lenggong. Semua acara yang disusun di dalam program ini adalah hasil permuafakatan ketiga-tiga pihak dalam memastikan matlamat serta objektifnya tercapai. Para peserta akan mendekatkan diri mereka dengan alam semulajadi, di samping berpeluang mengkaji artifak-artifak purba bukti pembangunan ketamadunan negara yang selama ini hanya dipelajari sebagai teori di dalam bilik darjah.

Di antara matlamat dan objektif mengadakan program ini ialah:

1.Memperkenalkan bidang Sejarah melalui pelbagai medium kepada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dengan harapan supaya para pelajar ini berbangga menjadi pewaris ketamadunan bangsa yang disegani.
2.Memberi peluang serta melatih pelajar untuk berorganisasi dan bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu program secara berpasukan, disamping memberi peluang bertukar-tukar pendapat dan pengalaman serta saling memberi tunjuk ajar dalam mempertingkatkan prestasi ke arah kecemerlangan individu mahupun berkumpulan.
3.Mewujudkan rasa kepunyaan dan kebersamaan (sense of belongings) di kalangan ahli persatuan.
4.Menyediakan platform kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bermula dari dalam sekolah hinggalah ke peringkat luar.
5.Membina hubungan baik di antara pelajar dengan guru serta pihak pentadbiran sekolah, disamping menerapkan nilai-nilai mulia dan budaya penyayang bersesuaian dengan tema ‘masayarakat penyayang’ yang disarankan oleh kerajaan bagi memantapkan lagi pembentukan pemimpin masa hadapan yang mampu menjiwai nilai-nilai murni kemasyarakatan yang tinggi.
6.Meningkatkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
7.Melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
8.Mewujudkan semangat ketahanan diri yang kental sebagai persiapan untuk menentang gejala-gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja belia pada hari ini.
9.Memupuk semangat menghargai alam semulajadi ciptaan Allah selain menambahkan pengetahuan dan minat ke arah bidang multidisiplin yang ditawarkan oleh Universiti Dalam Taman ini.


Sedikit info tentang Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM;

Quote:
The Centre for Archaeological Research Malaysia was established in 1995, after nearly a decade of systematic research, discoveries and publications. The Centre is an expansion of a core multi-disciplinary group of scholars who have been engaged in research into sites in Lenggong, Perak, which have yielded data important for information on early man, culture sequence and the development of material culture. The crowning achievement of the discovery of Kota Tampan, a 74,000 year old intact Palaeolithic stone tool workshop, which was later supplemented by the discovery of the Perak Man, a 10,000 year old skeleton found in Gua Gunung Runtuh, in the Lenggong valley. The Perak Man is, thus far, the earliest most complete skeleton in Southeast Asia. During this decade, research was extended to include sites in Bukit Bunuh in Perak, Tingkayu, Balambangan, Samang Buat, Mansuli, Melanta Tutup, Bukit Kamin, Bukit Tengkorak in Sabah and Bukit Sarang, Niah and Bau in Sarawak. The establishment of the Centre has allowed this research group to be extended to include other scholars with different complementary specialisations. The Centre has also been able to extend affiliations with institutions from regional countries and throughout the world.


Juga sedikit maklumat tentang Muzium Arkeologi Lenggong, Kota Tampan;

Quote:
Dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lenggong, dibawah Jabatan Muzium Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Terletak di Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dalam Daerah Hulu Perak iaitu kira-kira 6km ke selatan pekan Lenggong dan 2km dari simpang masuk jalan utama Kuala Kangsar - Gerik.

Muzium ini dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia di sebuah kawasan yang merupakan tapak Paleolitik Kota Tampan berusia 74,000 tahun dalam Rancangan Malaysia ke - 7.

Ditubuhkan berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik ,Neolitik dan Logam masyarakat prasejarah yang di temui di Lembah Lenggong.

Pembinaannya bermula pada 1999 siap pada 2001 dengan kos RM 2.7 juta, seluas 8.17 ekar dengan 2 blok bangunan, 2 galeri pameran pejabat, bilik audio visual, bilik mesyuarat, bilik penyelidikan/rujukan, kafeteria dan surau dibuka kepada orang ramai pada Mei 2001 dengan penyediaan Pameran Sementara di galeri Kota Tampan.

Kerja Pengisian ID bermula pada Oktober 2002 siap sepenuhnya pada Mei 2003 dan pada 21 Julai 2003 Muzium Arkeologi Lenggong telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Muzium Arkeologi Lenggong merupakan Muzium Arkeologi Prasejarah pertama di Malaysia.


Kawasan Lenggong serta tema Arkeologi dipilih untuk KAA 2007 dilaksanakan kerana;

Quote:
Hulu Perak terdiri daripada Kroh, Grik, Lawin dan Lenggong. Daerah ini dilingkungi oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah Timur dan Banjaran Bintang di sebelah Barat. Hulu Perak bolehlah dianggap sebagai ibukota prasejarah negara. Bukti-bukti Arkeologi menunjukkan daerah ini telah dihuni oleh manusia prasejarah sejak 300,000 tahun dahulu. Bukti-bukti Arkeologi ditapak-tapak terbuka saperti bukit Jawa, Lawin, Temelong diikuti oleh Kota Tampan dan Bukit Bunuh mendedahkan penempatan dan bengkel membuat alat batu paleolitik yang beradaptasi dipinggir tasek kuno. Kawasan pinggir tasek ini agak sibuk sehinggalah berlakunya letupan Gunung Berapi Toba. Selain itu terdapat banyak pelindung batuan dan gua-gua batukapur yang telah dihuni oleh masyarakat pemburu dan pengumpul pada akhir Plestosene dan awal Holocene.

Hulu Perak mendedahkan antara bukti pembentukan bumi yang terbaik dan paling menarik di negara ini, dari yang tertua hinggalah yang termuda yang terdiri dari komposisi batuan Paleozoik, Mesozoik, Kainozoik dan Aluvium baru. Berdasarkan kajian geologi pembentukan bumi Hulu Perak telah bermula sekitar 350 juta tahun dahulu. Batuan Paleozoik di Hulu Perak diwakili oleh batuan Formasi Baling yang terdiri daripada jenis berpasir, berkapur, berlodak dan piroklas.

Pada masa Mesozoik, iaitu sekitar 200 juta tahun dahulu telah berlaku rejahan batuan granit yang kini membentuk Banjaran Besar dan Banjaran Bintang. Ini adalah dua jasad granit yang terdapat di Hulu Perak. Pada masa Kainozoik, iaitu sekitar 3 hingga 2 juta tahun dahulu pula berlaku endapan Lembangan Lawin.

Pada sekitar 2 juta tahun dahulu juga bermula endapan kelikir sungai oleh Sungai Perak kuno dan cawangannya. Sekitar 1.74 juta tahun dahulu Hulu Perak ditimpa jatuhan meteorit di Bukit Bunuh, Lenggong. Pada sekitar 74,000 tahun dahulu pula, Hulu Perak menerima endapan debu gunung berapi Toba, di Sumatera Utara. Bukti-bukti endapan ini boleh ditemui di Kota Tampan hinggalah ke Bukit Sapi di Lenggong.

Hasil kajian Arkeologi menunjukkan bahawa Lembah ini merupakan satu–satunya kawasan di Malaysia yang tertua dan boleh dianggap ‘Ibu kota prasejarah Malaysia’ dan paling lengkap urutan kronologinya. Ia telah dihuni oleh manusia sejak 200,000 tahun hinggalah 1,000 tahun bermula sejak awal Paleolitik hinggalah kezaman Gangsa. Tapak – tapak Paleolitik saperti Bukit Jawa Lenggong, Lawin dan Kampong Temelong Lenggong merupakan tapak terawal berusia antara 200,000 tahun di ikuti oleh Kota Tampan Lenggong 75,000 tahun dan Bukit Bunuh 45,000 tahun.

Selain itu Gua-gua batu kapur yang terdapat di Lembah Lenggong juga telah dihuni oleh masyarakat pemburu dan pengumpul nomadik. Mereka menghasilkan alat-alat batu dari batu sungai yang direpih dipermukaannya dan merupakan masyarakat yang telah mempunyai kepercayaan animisme.

Bukti penting rangka manusia dikenali sebagai Perak Man telah ditemui di Gua Gunung Runtuh Lenggong yang memberi pentarikhan 10,000  150 tahun. Perak man merupakan rangka manusia terlengkap dan in-situ serta dikebumikan dengan upacara amal. Ia adalah seorang lelaki berusia 42 tahun, tinggi 5 kaki 2 inci, cacat genetik dan dari ras Austrolomelosoid.

Gua Harimau di Lembah Lenggong juga ditemui bukti-bukti pengkebumian masyarakat Neolitik-Gangsa berusia 4,000 tahun. Disini telah ditemui 11 rangka manusia bersama tembikar, beliung bergilap, barang kemas dari cengkerang, kapak dan acuan gangsa yang membuktikan wujudnya teknologi gangsa di Semenanjung.

Semua bukti-bukti ini kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong, satu-satunya Muzium Prasejarah di negara ini.

Lembah Lenggong berperanan menjadi laluan migrasi masyarakat prasejarah dari Afrika ke Australia.


Antara aktiviti yang dijalankan:

24 Mac 2007

Pusat Lapangan Arkeologi USM;


Check-in di Pusat Lapangan Arkeologi USM di Lenggong...


Taklimat daripada Pegawai Sains PPAM, USM...



Lepas dinner, kami mengikuti ceramah 1&2 tentang Arkeologi Malaysia yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Mokhtar Saidin, Pengarah PPAM... memang best!

25 Mac 2007

Muzium Arkeologi Lenggong;



Ceramah daripada En. Hamid Md. Isa, Pengarah Muzium Arkeologi Lenggong...

Eksplorace dalam muzium (ada hadiah tau!...)






Lunch ditaja oleh pihak muzium, Alhamdulillah...


Tukar cenderamata...


Bersama penaja utama, pegawai Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, USM & Muzium Arkeologi Lenggong

*Hmmm... Cikgu Asmaniza, Cikgu Anis dan Cikgu Zahrul dapat tengok Perak Man live, tak aci betul...

Gua Teluk Kelawar;






Pacat!!!... first time digigit pacat...





Bukit Jawa ~ tapak paleolitik tertua, 200 000 tahun.




Singkapan segar debu Toba di Bukit Sapi;




Mencari sendiri siput di sungai;






Cari siput Brotia spinosa di sungai. Live beb!

Part paling best, tentulah time makan...every sajian semuanya best!...



Badan letih, dapat makan ikan talapia sweet sour yang bersaiz giant tentulah sedap, kan...
* ikan talapia Tasik Raban, identiti Lenggong. Rugi tak try...

25 Mac 2007

Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah;




Mendaki sendiri Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah... nak ke rumah Mr Perak Man...!




Bercerita tentang Perak Man ni, di sini disertakan sedikit info tentang Perak Man, yang replikanya boleh juga dilihat di Muzium Arkeologi Lenggong...

Quote:
Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.
Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya sebagaimana ia ditemui.


Replika rangka Perak Man..

Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya.



Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.





My Kad Perak Man.. Salah satu bahan pameran di Muzium Arekologi Lenggong..


Di Pusat Lapangan Arkeologi USM, kami check-out pada jam 2.30 petang selepas lunch terakhir...


Sayonara...

On the way balik, ingatkan nak shopping di Kuala Kangsar. Tapi Allah berkehendakkan kami singgah dan ziarah saudara kami di MCKK. Itu pun sebab bas rosak. Tersadai kami di sana dalam 3 jam lebih juga, tapi Alhamdulillah, warga MCKK menyambut kami dengan ramah dan membawa kami semua berjalan-jalan di sekitar Old School & New School; sungguh mengkagumkan. Semoga ukhuwwah di antara kita berkekalan... * entah mana letak gambar-gambarnya...

Warga KAA 2007 yang sangat komited ~

Fasa Post-Pelaksanaan - Mengadakan post-mortem, menyediakan surat-surat penghargaan dan laporan akhir.




Dan penyumbang maklumat daripada tugasan-tugasan berkumpulan;






Dan... inilah hasilnya...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net